Lawatan Klinikal pensyarah UiTM

Lawatan Klinikal pensyarah UiTM

Saturday, 8 March 2014

BENGKEL PRESEPTOR TEMPATAN DIPLOMA FARMASI 2014
Tarikh :  07 Mac 2014 ( Jumaat)  08:00pagi - 05:00 petang
Tempat : Bilik Komputer PGMC HQE






Bengkel tahunan ini khusus diadakan untuk memberikankan pendedahan lebih komprehensif terhadap pengurusan pelatih diploma farmasi IPTA dan IPTS yang menjalani latihan praktikal di Jabatan Farmasi Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.


Taklimat dan Overview pengurusan Pelatih Diploma Farmasi Hospital Queen Elizabeth disampaikan oleh Ketua Preseptor Tempatan.

Ceramah bagi sistem pengurusan latihan di Seksyen/Unit terlibat telah disampaikan oleh LP yang terlibat:

1. Pn. Maria Nainteen       PPF U36 : Farmasi Pesakit Dalam
2. Cik Khong Lai Chin       PPF U36 : Farmasi Pesakit Luar
3. En. Heryanto Tukiman  PPF U32 : Unit TPN

LP yang juga terlibat dalam menerangkan kaedah pembelajaran bagi pelatih di unit terlibat:

1. Pn. Pauline Anne Scully    PPF U32 : Farmasi Satelit
2. Cik Tee Swee Pin               PPF U32 : Unit Perolehan
3. En. Aziyan Abdulbah          PT N17  : Stor Perubatan

SENARAI PRESEPTOR TEMPATAN DIPLOMA FARMASI 2014:

01. Pn. Normah Talib  ( Penasihat )            KPF U54
02. Pn. Anita Alimudin                                  PF U52
03. En. Mahmud Majdi Mahmud Saedon   PF U44
04. Hj. Abu Bakar Ibrahim ( Ketua LP )      PPF U40
05. Cik Lim Khai Chu                                    PPF U38
06. Pn. Maria Nainteen ( Pen. Ketua LP )  PPF U36
07. Cik Khong Lai Chin                                 PPF U36
08. Pn. Donna Chin Nyuk Moi                      PPF U32
09. Pn. Pang Hok Moi                                   PPF U32
10. Pn. Pauline Anne Scully                         PPF U32
11. Cik Tee Swee Pin                                    PPF U32
12. Pn. Zaleha Aman                                    PPF U32
13. En. Heryanto Tukiman                            PPF U32
14. En. Aziyan Abdulbah                              PT N17



PHARMACY NIGHT 2014
Sabah Oriental Hotel, Kota Kinabalu
22 Feb 2014

Majlis makan malam dan penganugerahan sempena Pharmacy Night 2014 anjuran Kelab Jabatan Farmasi Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu telah diadakan di Sabah Oriental Hotel, Kota Kinabalu pada malam Sabtu, 22 Februari 2014.
Majlis yang dihadiri oleh seramai 122 anggota dan famili masing-masing itu telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Puan Juhainun Taha, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah (Farmasi). Turut hadir dalam majlis tersebut, Dr Eric Corray, Pengarah Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.


Kelihatan Pengerusi Penganjur merangkap Pengerusi Kelab Farmasi yang juga selaku Ketua Pegawai Farmasi HQE menyampaikan Cenderakenangan sempena persaraan Pn Juhainun


Majlis juga turut  meraikan beberapa anggota Jabatan Farmasi yang akan bersara pada tahunini.