PHARMACY NIGHT 2014
Sabah Oriental Hotel, Kota Kinabalu
22 Feb 2014
Majlis makan malam dan penganugerahan sempena Pharmacy Night 2014 anjuran Kelab Jabatan Farmasi Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu telah diadakan di Sabah Oriental Hotel, Kota Kinabalu pada malam Sabtu, 22 Februari 2014.
Majlis yang dihadiri oleh seramai 122 anggota dan famili masing-masing itu telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Puan Juhainun Taha, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah (Farmasi). Turut hadir dalam majlis tersebut, Dr Eric Corray, Pengarah Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.
Kelihatan Pengerusi Penganjur merangkap Pengerusi Kelab Farmasi yang juga selaku Ketua Pegawai Farmasi HQE menyampaikan Cenderakenangan sempena persaraan Pn Juhainun
Majlis juga turut meraikan beberapa anggota Jabatan Farmasi yang akan bersara pada tahunini.
No comments:
Post a Comment